Harga Promosi Ayam Kelate


HARGA PROMOSI AYAM KELATE 
(Siap proses & Penghantaran Ke Seluruh Negeri Di Semenanjung):

# Harga adalah mengikut Saiz dan Berat.

# Harga Pengguna bagi setiap saiz dan berat ialah:-

- Saiz L : RM13.90 - berat 1kg ke atas
- Saiz M : RM12.90 - berat 800g-1kg
- Saiz S : RM11.90 - berat 600g-800g
- Saiz SS: RM10.90 - berat 600g ke bawah

** Harga Pasaran ayam kampung di pasaran tempatan - Kelantan: RM12/ekor hidup, Selangor: RM16/ekor proses, Perlis: RM14-15/ekor proses, Terengganu: RM14/ekor hidup dll.

Harga yang kami tawarkan adalah kompetatif dan mampu milik, moga ia menjadi pilihan Rakyat Malaysia.

Pengenalan Ayam Kampung Organik

Projek perintis ternakan Ayam Kg Herba dimulakan dengan R & D dalam penghasilan dedak dan sistem pengurusan ternakan ayam kg pada awal Januari 2010 oleh Kelantan Biotech Corp.

Projek ini mensasarkan 2 Objektif utama iaitu:
i. Mempelopori penternakan dan pemasaran Ayam Herba & Organik untuk pasaran HALAL di Kelantan dan Malaysia menggunakan aplikas Bioteknologi terkini.

ii.Mempromosikan produk keluaran daging ayam alternatif yang HALAL, TOYYIBAH & baik untuk KESIHATAN.


AYAM KAMPUNG ORGANIK – Adalah ayam kampung yang diternak secara sistematik, ditambahnilai dengan diberikan pemakanan organik, menggunakan probiotik semulajadi serta penggunaan herba yang berkhasiat bagi meningkatkan kualiti dan keaslian citarasa ayam semulajadi.

KELEBIHAN AYAM KELATE

- Bebas Antiotik, Bebas Suntikan Hormon, Beta Agonist atau Salbutamol 
- Disembelih secara HALALAN TOYYIBAN dan Hygenik
- Menggunakan Dedak Organik Herba dan Probiotik Semulajadi
- Rendah Kolestrol dan Sedikit Lemak
- Tinggi Kandungan Protein
- Daging Berkualiti dan Rasa Lebih Enak
- Bebas Selsema Burung, Bakteria Salmonella dan E-Coli
- Bebas Bahan Pengawet dan mempunyai Kandungan Nutrisi yang Tinggi
- Baik untuk Kesihatan dan mampu Membina Sistem Imunisasi Badan


KEPUTUSAN ANALISIS MAKMAL: 
 Kelebihan Ayam Organik: 
1. Kolestrol Rendah (40.48mg/kg) berbanding dengan Ayam Daging Biasa (89.48mg/kg)
2. Tinggi Kandungan PROTEIN iaitu Ayam Organik (1.43g/100) berbanding Ayam Daging Biasa (0.88g/100g) 
3. Bebas daripada Backteria E-Coli dan Bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia

Pengenalan Kelantan Biotech Corporation


KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD adalah sebuah syarikat Bioteknologi yang bermatlamatkan "Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Islam Melalui Bioteknologi".

Syarikat telah ditubuhkan pada 15 Disember 2005 dengan nama Kelantan Biotechnology Park Sdn Bhd. Sesuai dengan peranan utama syarikat sebagai pemangkin dan penjana pertumbuhan industri bioteknologi di negeri Kelantan, maka nama syarikat telah ditukar kepada Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd pada bulan March, 2007.

AKTIVITI SYARIKAT:

# Kilang Nutraseutikal Bertaraf GMP - Penghasilan Produk Berasaskan Kesihatan & Penjagaan Diri dengan jenama NUTRIFERA.

# Makmal Teknologi Kultur Tisu - Penghasilan Benih Ornamental Plant (Tanaman Hiasan), Benih Tumbuhan dan Herba di Makmal. Tempahan benih pisang Berangan dibuka sekarang.

# Projek Perintis Ternakan Ayam Kg Organik - Penghasilan Ayam Kg dengan pemakanan Organik, Disembelih mengikut syariat Islam - HALAL (pusat sembelih mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM), bebas dari penggunaan antibiotik, hormon peransang tumbesaran dan bebas bahan kimi adengan jenama AYAM KELATE.

# Kilang Bioproses ENZIM - Penghasilan Enzim Industri untuk kegunaan Industri penghasilan detergen, pembuatan makanan ternakan dan makanan. Projek ini dijangka akan mula beroperasi pada Januari 2011 dengan menggunakan teknologi solid state fermentation.

Maklumat lanjut berkenaan Kelantan Biotech Corporation boleh dilayari di laman web http://www.kelantanbiotech.com.my/web/