Pengenalan Ayam Kampung Organik

Projek perintis ternakan Ayam Kg Herba dimulakan dengan R & D dalam penghasilan dedak dan sistem pengurusan ternakan ayam kg pada awal Januari 2010 oleh Kelantan Biotech Corp.

Projek ini mensasarkan 2 Objektif utama iaitu:
i. Mempelopori penternakan dan pemasaran Ayam Herba & Organik untuk pasaran HALAL di Kelantan dan Malaysia menggunakan aplikas Bioteknologi terkini.

ii.Mempromosikan produk keluaran daging ayam alternatif yang HALAL, TOYYIBAH & baik untuk KESIHATAN.


AYAM KAMPUNG ORGANIK – Adalah ayam kampung yang diternak secara sistematik, ditambahnilai dengan diberikan pemakanan organik, menggunakan probiotik semulajadi serta penggunaan herba yang berkhasiat bagi meningkatkan kualiti dan keaslian citarasa ayam semulajadi.

KELEBIHAN AYAM KELATE

- Bebas Antiotik, Bebas Suntikan Hormon, Beta Agonist atau Salbutamol 
- Disembelih secara HALALAN TOYYIBAN dan Hygenik
- Menggunakan Dedak Organik Herba dan Probiotik Semulajadi
- Rendah Kolestrol dan Sedikit Lemak
- Tinggi Kandungan Protein
- Daging Berkualiti dan Rasa Lebih Enak
- Bebas Selsema Burung, Bakteria Salmonella dan E-Coli
- Bebas Bahan Pengawet dan mempunyai Kandungan Nutrisi yang Tinggi
- Baik untuk Kesihatan dan mampu Membina Sistem Imunisasi Badan


KEPUTUSAN ANALISIS MAKMAL: 
 Kelebihan Ayam Organik: 
1. Kolestrol Rendah (40.48mg/kg) berbanding dengan Ayam Daging Biasa (89.48mg/kg)
2. Tinggi Kandungan PROTEIN iaitu Ayam Organik (1.43g/100) berbanding Ayam Daging Biasa (0.88g/100g) 
3. Bebas daripada Backteria E-Coli dan Bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia

No comments:

Post a Comment