Kelantan Biotech Corporation


KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD adalah sebuah syarikat Bioteknologi yang bermatlamatkan "Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Islam Melalui Bioteknologi".

Syarikat telah ditubuhkan pada 15 Disember 2005 dengan nama Kelantan Biotechnology Park Sdn Bhd. Sesuai dengan peranan utama syarikat sebagai pemangkin dan penjana pertumbuhan industri bioteknologi di negeri Kelantan, maka nama syarikat telah ditukar kepada Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd pada bulan March, 2007.

AKTIVITI SYARIKAT:

# Kilang Nutraseutikal Bertaraf GMP - Penghasilan Produk Berasaskan Kesihatan & Penjagaan Diri dengan jenama NUTRIFERA.

# Makmal Teknologi Kultur Tisu - Penghasilan Benih Ornamental Plant (Tanaman Hiasan), Benih Tumbuhan dan Herba di Makmal. Tempahan benih pisang Berangan dibuka sekarang.

# Projek Perintis Ternakan Ayam Kg Organik - Penghasilan Ayam Kg dengan pemakanan Organik, Disembelih mengikut syariat Islam - HALAL (pusat sembelih mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM), bebas dari penggunaan antibiotik, hormon peransang tumbesaran dan bebas bahan kimia dengan jenama AYAM KELATE.

# Kilang Bioproses ENZIM - Penghasilan Enzim Industri untuk kegunaan Industri penghasilan detergen, pembuatan makanan ternakan dan makanan. Projek ini dijangka akan mula beroperasi pada Januari 2011 dengan menggunakan teknologi solid state fermentation.

Maklumat lanjut berkenaan Kelantan Biotech Corporation boleh dilayari di laman web http://www.kelantanbiotech.com.my/web/